Pengenalan
Sosial media adalah satu wadah atau tempat
dimana orang dapat berkomunikasi sesama pengguna secara tidak langsung yang
mana memerlukan sambungan internet untuk dapat melakukan komunikasi ini. Dengan
menggunakan sosial media, pengguna dapat berkongsi dan bertukar-tukar
informasi, peristiwa, kenalan dan berkongsi gambar. Internet merupakan salah
satu aspek penting untuk berhubung dalam aplikasi sosial media.
Perkembangan teknologi maklumat yang semakin
pesat di era ini telah munculnya pelbagai aplikasi-aplikasi sosial media yang
baru. Kini, hanya dengan menggunakan telefon pintar yang disambungkan dengan internet,
kita sudah boleh mengakses pelbagai aplikasi laman sosial media seperti,
facebook, twitter, line, wechat, kakao talk dan itu semua boleh diakses dimana
saja dan bila saja asalkan terhubung dengan internet dan itu membuatkan arus
informasi semakin besar dan pesat.
Pada masa ini, penggunaan sosial media dalam
kehidupan seharian semakin meluas. Kini, aplikasi sosial media digunakan dalam
pelbagai sektor seperti perniagaan dan perusahaan, pentadbiran, pendidikan
serta banyak lagi. Kemampuan untuk mengakses media sosial melalui aplikasi
mudah alih (mobile web) merupakan faktor pendorong dalam kejayaan media sosial.
Hal ini kerana ia memiliki kualiti capaian maklumat yang maksimum walaupun
diakses melalui telefon pintar sehingga telefon bimbit biasa. Perkembangan
media sosial yang semakin pesat dengan ragam aplikasi seperti mengirim mesej,
muat naik ataupun muat turun gambar, permainan, chat, muzik, tayangan video
menyebabkan penggunanya sentiasa menghabiskan masa di hadapan skrin gadget
miliknya.
No comments:
Post a Comment