Media sosial antara medium komunikasi paling
hangat pada abad ini sehingga sudah menjadi sebahagian keutamaan hidup.
Bilangan pengguna Internet di Malaysia dijangka meningkat kepada 25 juta orang
menjelang 2015 berbanding 18 juta pada 2012, demikian menurut Laporan Ekonomi
2013/3014 dikeluarkan Kementerian Kewangan. Menurut laporan itu, kadar
penembusan jalur lebar isi rumah pula meningkat kepada 66.8 peratus pada akhir
Jun 2013 manakala kadar penembusan telefon mudah alih melebihi 100 peratus,
kini terdapat 42.6 juta langganan.
Namun yang demikian, keterlaluan penggunaan
media sosial mempunyai cabaran dan halangan yang tersendiri. Contohnya ia dapat
menyebabkan ibu bapa dan anak kurang mempunyai masa atau kesempatan untuk
bercakap, berbincang dan berdamping antara satu sama lain. Keadaan ini menyebabkan
remaja membawa cara hidup sendiri tanpa panduan dan pengawasan ibu bapa.
Keluarga yang terlalu mewah cara hidupnya juga menyebabkan keruntuhan disiplin
remaja. Cara menangani kesan media sosial adalah melalui pemikiran yang positif
menjadikan seseorang itu mampu menyelesaikan pelbagai kemelut yang melanda
kehidupannya dengan baik tanpa tertekan.
Selain itu juga, kebanyakan perkhidmatan
rangkaian sosial menyediakan ruang bagi penggunanya untuk meletakkan maklumat
peribadi seperti nama penuh, alamat rumah, nombor telefon dan maklumat penting
yang lain. Ciri yang asalnya bertujuan membantu memudahkan pengguna satu-satu
perkhidmatan rangkaian sosial berkenalan dan berhubung telah secara tidak
langsung mendedahkannya kepada risiko kecurian maklumat pengguna oleh mereka
yang tidak bertanggungjawab.
Menurut Mohd Dahlan A. Malek & Ida
Shafinaz Mohamed Kamil, (2010) masalah keselamatan komputer dan sistem
rangkaian mula dikesan sejak awal 1950an, apabila komputer digunakan untuk
menyimpan maklumat-maklumat berperingkat sulit. Kerahsiaan adalah aspek yang
penting yang perlu ditekankan dalam keselamatan komputer. Ancaman utama yang
wujud pada ketika itu adalah dari aktiviti pengintipan (espionage) dan
pencerobohan peribadi (invasion of privacy). Menjelang penghujung 1960an
masalah komputer semangkin meningkat ekoran perkongsian maklumat dan sumber
komputer secara jauh. Sistem komputer yang digunakan telah dilengkapi dengan
sistem pengendalian yang boleh mengelakkan pengguna daripada memasuki rangkaian
sistem pihak lain sama ada secara sengaja ataupun tidak sengaja. Pada masa
tersebut, sumber komputer dapat dicapai dan disediakan tanpa mengira kedudukan
geografi dunia.
Oleh yang demikian, pihak kerajaan perlu
mengetatkan undang-undang dan peraturan terhadap segala kegiatan penyalahgunaan
media sosial. Mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia Malaysia bertanggungjawab memantau dan menangani isu sensitif
yang mengancam keselamatan negara seperti isu perkauman dan agama. Akta
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia pula bertanggungjawab mengendalikan semua
urusan berkaitan dengan Internet serta mengambil alih kuasa pelesenan terhadap
spektrum penyiaran dan komunikasi.
No comments:
Post a Comment