Kejayaan penglibatan dalam perniagaan atas
talian bergantung kepada beberapa perkara selain modal wang, infrastruktur
serta kesediaan bekalan barangan dan perkhidmatan. Satu perkara yang penting
bersifat bukan material iaitu tingkah laku inovatif yang berupaya membentuk
hubungan perniagaan dengan pelbagai pihak dari ahli keluarga, rakan, pelanggan,
agen dan pembekal kepada pesaing. Oleh itu, hubungan jaringan sosial adalah
suatu hal yang penting dalam keusahawanan kerana ianya dapat meluaskan
pemasaran produk yang ditawarkan serta
mengenal pasti peluang bagi mendapatkan sumber. Hubungan sosial turut dianggap
penting dalam perniagaan atas talian terutama dari segi pembentukan reputasi
perniagaan yang baik dan hubungan perniagaan yang dimanfaatkan dengan ejen
perniagaan (Gusniar Nurdin et al., 2014).
Terdapat beberapa faktor mudah yang
menjadikan laman sosial merupakan perkara penting dalam perniagaan. Di
antaranya ialah jualan akan menjadi lebih mudah apabila terdapat banyak
‘potential customer’. Di mana banyak orang, di situ banyak peluang jualan akan
berlaku. Bayangkan jika anda membuka kedai di lorong-lorong kecil jalan yang terletak
di bahagian belakang dan jauh dari pandangan orang ramai, sudah tentu jualan
anda sedikit.
Oleh sebab itu banyak kedai-kedai besar dan
berjenama seperti Jusco dan Tesco memilih untuk membuka cawangan mereka di
kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang besar. Sama juga seperti laman
sosial yang mempunyai ramai pengguna. Hal ini akan membuka peluang jualan yang lebih besar kepada
pengusaha jualan atau peniaga.
Jika dilihat, bukan peniaga-peniaga kecil
sahaja yang menggunakan media sosial untuk aktiviti pemasaran mereka, malah
syarikat-syarikat besar juga tidak ketinggalan untuk menggunakan media sosial
untuk aktiviti pemasaran mereka. Ada banyak alasan mengapa para pemasar
(marketing) memilih pemasaran menggunakan media sosial, diantaranya adalah
untuk meminimakan kos pengiklanan mereka.
Kos pengiklanan mereka dapat diminimakan
dengan menggunakan media sosial ini. Tidak dinafikan lagi bahawa mereka dapat
mengurangkan kos pengiklanan mereka jika dibandingkan dengan cara pemasaran
lain selain media sosial seperti media massa. Banyak perniagaan besar dan
terkenal telah memanfaatkan media sosial sebagai media publisiti untuk
mengenalkan jenama mereka. Sebabnya adalah mereka tahu dengan pengguna media
sosial yang sangat ramai, mereka dapat memperkenalkan jenama mereka dengan cara
ini malah dengan harga yang jauh lebih murah lagi.
Elemen ini boleh digunapakai oleh usahawan
dan peniaga bagi memastikan aktiviti pemasaran khususnya dapat dipertingkatkan.
Secara tidak langsung ia dijangka memberikan kesan positif kepada
kebolehlihatan syarikat usahawan terbabit menggunakan medium media sosial.
Tambahan lagi, faktor kebolehlihatan sesebuah
laman media sosial syarikat adalah bergantung kepada maklumat dan isu yang
dilontarkan pada laman media sosial tersebut. Menurut Mohd Hafizie Suhaimi
& Norshuhada Shiratuddin (2013) maklumat yang pertama dilihat oleh
pelanggan adalah berkaitan jenama, produk atau perkhidmatan yang berkaitan
dengan syarikat tersebut tawarkan. Selain itu, mereka juga menyentuh lima
elemen iaitu interaksi, perhubung pautan, pengaruh, penganjuran dan kesan.
Ukuran boleh dibuat melalui pengiraan pengikut dan jumlah pelawat dan jumlah
pelawat atau kepuasan pelanggan.Sebagai contoh penggunaan blog bagi sesetengah
syarikat di kalangan usahawan yang menekankan kepada bilangan capaian trafik
pada setiap hari. Ini adalah penting bagi memastikan sama ada kebolehlihatan
blog tersebut wujud di kalangan pengguna internet.
No comments:
Post a Comment