Kemajuan teknologi dan perkembangan aplikasi
web menyebabkan lahir juga persekitaran jaringan sosial dua dan tiga dimensi
atau dunia maya berasaskan Internet yang hampir menyamai dunia reality. Dengan
multimedia interaktif, teknik animasi digunakan untuk membentuk jaringan sosial
berbentuk dunia maya sosial atau realiti maya. Oleh sebab itu, selain kehidupan
realiti atau komunikasi dalam ruang sebenar, orang ramai juga boleh memasuki
dunia maya sosial dalam ruang siber. Dengan teknologi ini, komunikasi dan
interaksi sosial dalam talian bersifat lebih interaktif dan “hidup”, dan
menjadi semakin popular, terutama dalam kalangan pengguna muda (Siti Ezaleila
Mustafa & Azizah Hamzah, 2011).
Terdapat pelbagai alasan yang memotivasikan
orang-orang yang menggunakan media baharu yang baharu atau media sosial ini. Laman
web sosial yang membolehkan pengguna atau ahli membentuk tanggapan, mengekalkan
persahabatan, dan mendapat kenalan baharu. Media sosial ini telah digunakan
sebagai tempat bagi pengguna untuk bersama-sama dan membina perkenalan, malah
semakin digunakan untuk mewujudkan hubungan baharu dan mengembangkan rangkaian
sosial yang sedia ada.Perkara Mendorong penggunaan media sosial (Siti Ezaleila Mustafa & Azizah Hamzah, 2011) |
No comments:
Post a Comment